Tuesday, September 6, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PEMBUKAAN PIALA MALAYSIA 2011 (06/092011)

KEDAH ( 2 )  VS  ( 0 ) JOHOR

SABAH ( 0 )  VS  ( 0 ) PERAK

SIME DARBY ( 0 )  VS  ( 3 ) TERENGGANU

PKNS ( 1 )  VS  ( 2 ) NEGERI SEMBILAN

SARAWAK ( 0 )  VS  ( 2 ) KELANTAN

JOHOR FC ( 0 ) VS ( 2 ) FELDA UNITED

T-TEAM ( 1 ) VS ( 0 ) SELANGOR

PDRM ( 0 ) VS ( 3 ) KUALA LUMPUR

AZMIZI ENGGAN "KENA PERAM"



“SEBAGAI pemain yang beraksi atas tiket ‘pinjaman’ maka kelibat saya sememangnya menjadi perhatian banyak pihak bukan saja pengurusan pasukan, malah peminat. Justeru, saya tidak perlu sentiasa berada pada tahap terbaik mempamerkan aksi cemerlang pada setiap perlawanan,” kata Azmizi Azmi.

Bekas kapten Perlis yang dipinjamkan ke Kedah untuk saingan Piala Malaysia mahu berada dalam kesebelasan utama dan bukan hanya memanaskan bangku simpanan.
Tonggak pertahanan tengah itu berkata, dia mahu membalas kepercayaan pengurusan skuad Hijau Kuning kerana memberikan peluang kepadanya untuk beraksi.
“Selepas Perlis tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, kepercayaan diberikan pengurusan skuad Kedah harus dibalas dengan persembahan cemerlang.
“Andainya disenaraikan dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian pada mana-mana perlawanan, saya berjanji memberikan yang terbaik bagi membantu pasukan mencatat kemenangan,” katanya.
Menurut Azmizi, bukan mudah untuk berada dalam kesebelasan utama Kedah kerana mereka memiliki ramai pemain berpengalaman dan beberapa pemain skuad kebangsaan.
“Apapun saya akan cuba menarik perhatian jurulatih Wan Jamak Wan Hassan untuk menyenaraikan saya dalam perancangan pasukan,” katanya.
Kedah diundi dalam Kumpulan A yang turut dibarisi Perak, Sabah dan Johor.

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2011


Salam semua..
Memandangkan raya dah habis, jom tengok Jadual Piala Malaysia 2011 yang akan bermula tak lama lagi. Sebanyak 16 pasukan akan bertanding dan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Perlawanan piala malaysia ini akan bermula pada 9 september 2011 – 29 oktober 2011.
KUMPULAN A: Kedah, Perak, Sabah, Johor
KUMPULAN B: Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS FC, Sime Darby
KUMPULAN C: Kelantan, Johor FC, Felda United FC, Sarawak
KUMPULAN D: Selangor, T-Team FC, Kuala Lumpur, PDRM
Jadual peringkat kumpulan pusingan pertama pada 6, 10 dan 13 September 2011.
Pusingan kedua pada 17, 24 dan 27 September 2011.
Suku akhir pada 4 dan 8 Oktober 2011.
Separuh akhir pada 14 dan 22 Oktober 2011
Perlawanan akhir pada 29 Oktober 2011.
Jadual perlawanan 6 September 2011 jam 8:45 malam:
JOHOR VS KEDAH - Stadium Larkin, JB
SABAH VS PERAK – 8:15 malam Stadium Likas, Sabah
SIME DARBY VS TERENGGANU - Stadium MP Selayang, Selangor
PKNS VS NEGERI SEMBILAN - Stadium MBPJ, Kelana Jaya
SARAWAK VS KELANTAN – 4:15 petang Stadium Sarawak, Kuching
JOHOR FC VS FELDA UNITED FC - Stadium JCORP, Pasir Gudang
T-TEAM VS SELANGOR - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu
PDRM VS KUALA LUMPUR - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Jadual perlawanan kedua 10 September 2011:
KEDAH VS SABAH - Stadium Darul Aman, Alor Setar
PERAK VS JOHOR - Stadium Perak, Ipoh
TERENGGANU VS PKNS - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu
NEGERI SEMBILAN VS SIME DARBY - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
KELANTAN VS JOHOR FC - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
FELDA UNITED FC VS SARAWAK - Stadium MBPJ, Kelana Jaya
SELANGOR VS PDRM - Stadium Shah Alam, Selangor
KUALA LUMPUR VS T-TEAM - Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:
  • Pusingan Pertama: 6, 10 dan 13 September
  • Pusingan Kedua: 17, 24 dan 27 September
  • Lihat Di Bawah Untuk Jadual Suku Akhir, Separuh Akhir dan FINAL
Jadual Suku Akhir (4 dan 8 Oktober 2011):
  • Juara Kumpulan A vs N.Juara Kumpulan D
  • Juara Kumpulan B vs N.Juara Kumpulan C
  • Juara Kumpulan C vs N.Juara Kumpulan B
  • Juara Kumpulan D vs N.Juara Kumpulan A
Jadual Separuh Akhir (14 dan 22 Oktober 2011):
  • Juara A / N.Juara D vs Juara C / N.Juara B
  • Juara B / N.Juara C vs Juara D / N.Juara A
Jadual Perlawanan Akhir: 29 Oktober 2011