Tuesday, January 4, 2011

KHAIRUL FAHMI 'APEX' DILAMAR MUFC?

Khabar angin penjaga gol utama kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan gelaran 'Apex' dikaitkan dengan kelab utama liga perdana inggeris(EPL) iaitu Manchester United kian hangat diperkatakan ketika ini.Adakah benar penjaga gol terbaik ASEAN ini sedang diintai oleh MU?.Mungkin dengan aksi cemerlang beliau ketika piala aff suzuki lalu membuatkan beliau kini dalam perhatian!.Tidak heran lah jika benar beliau kini sedang menjadi buruan kelab-kelab utama dunia kerana aksi yang dipamerkan ketika membantu pasukan Negara mencapai kejuaraan sulung amat menakjubkan bagi kita dan boleh dikatakan sudah matang! untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.Akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa laman web MUFC ada menyatakan hasrat mereka untuk membeli pemain muda ini bagi menggantikan Edwin Van Der Sar kelak.Namun dakwaan ini ditepis sama sekali oleh tuan empunya badan 'Apex' sendiri.Beliau menyatakan bahawa itu adalah rekaan semata-mata dan hanyalah khabar angin sahaja.Namanya kini makin disebut-sebut dan disanjung bukan saja di malaysia malah serantau Asia ekoran kejayaan bersama skuad Harimau Malaya tempoh hari.Dalam masa yang sama beliau memanjat kesyukuran di atas nikmat dan rezeki yang di limpahkan terhadapnya,Apatah lagi pulang dengan kejayaan yang bermakna buat Negara.Terbaru! 'Apex' kini dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negari Kelantan sebagai imbuhan.

Monday, January 3, 2011

MISBUN SIDEK LETAK JAWATAN!

Jurulatih badminton perseorangan negara,Datuk Misbun sidek hari ini secara rasminya melepaskan jawatan beliau sebagai jurulatih badminton negara.Ada dakwaan menyatakan punca utama misbun membuat sedemikian adalah berpunca daripada Persatuan Badminton Malaysia(BAM).Menurut sumber,misbun seolah-olah merajuk dengan BAM berikutan keengganan BAM tidak membenarkan Misbun melatih pemain muda negara iaitu Misbun Ramdan(anak) dan Iskandar Dzulkarnain.Selain itu,faktor tekanan dan masalah peribadi mungkin juga merupakan sebab utama misbun membuat sedemikain.Apa yang di harapkan selepas ini ialah Datuk Lee Chong Wei(anak buah bimbingannya) tidak terlalu tertekan dan terasa atas tindakan drastik yang dibuat oleh jurulatihnya itu sebaiknya menjalankan latihan seperti biasa sebagai persiapan untuk kejohanan sepanjang 2011 ini walaupun tanpa jurulatih kesayangannya.Diharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik kepada Misbun dan terus menyokong dari belakang untuk kem badminton Negara yang akan turun berjuang untuk tahun ini tidak lama lagi.Majulah sukan untuk Negara!http://www.hmetro.com.my/articles/Misbunhilangsabar/Article

Sunday, January 2, 2011

myMetro | Norshahrul belum puas

myMetro Norshahrul belum puas

SAFEE SALI,NOR SHAHRUL KE LUAR NEGARA?

Desas-desus ada mengatakan bahawa kedua-dua penyerang sensasi kebangsaan Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha akan beraksi di luar negara kian hangat diperkatakan di kalangan media serta pencinta-pencinta bola sepak negara.Adakah benar kedua-dua penyerang ini akan bermain untuk kelab di liga Indonesia negara 'poyo' tersebut? Yang menjadi isunya ialah kenapa? kenapa kelab dari negara 'poyo' itu juga yang menjadi pilihan?.Sedangkan semua sedia maklum bahawa sambutan rakyat negara terbabit terhadap rakyat kita amat membimbangkan!.Adakah kedua penyerang kita ini mahu jika sesuatu yang buruk terjadi nanti? adakah mereka juga mahu hidup di bumi 'poyo' bagaikan nyawa di hujung tanduk?.Timbul pula isu di sini,di mana sesetengah pihak mengatakan kita menjadi penghalang kepada kedua penyerang ini untuk menimba pengalam di luar negara.Bukan itu sebabnya kami menghalang,tetapi jika dipersoalkan jaminan keselamatan pemain kita di sana pastinya amat membimbangkn kita dan membahayakan diri pemain itu sendiri.Apa yang kami protes ini ada sebab dan hikmahnya.Kami tidak mahu pihak seberang kelak menghantar pemain-pemain ini pulang sebagai mayat!