Monday, January 3, 2011

MISBUN SIDEK LETAK JAWATAN!

Jurulatih badminton perseorangan negara,Datuk Misbun sidek hari ini secara rasminya melepaskan jawatan beliau sebagai jurulatih badminton negara.Ada dakwaan menyatakan punca utama misbun membuat sedemikian adalah berpunca daripada Persatuan Badminton Malaysia(BAM).Menurut sumber,misbun seolah-olah merajuk dengan BAM berikutan keengganan BAM tidak membenarkan Misbun melatih pemain muda negara iaitu Misbun Ramdan(anak) dan Iskandar Dzulkarnain.Selain itu,faktor tekanan dan masalah peribadi mungkin juga merupakan sebab utama misbun membuat sedemikain.Apa yang di harapkan selepas ini ialah Datuk Lee Chong Wei(anak buah bimbingannya) tidak terlalu tertekan dan terasa atas tindakan drastik yang dibuat oleh jurulatihnya itu sebaiknya menjalankan latihan seperti biasa sebagai persiapan untuk kejohanan sepanjang 2011 ini walaupun tanpa jurulatih kesayangannya.Diharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik kepada Misbun dan terus menyokong dari belakang untuk kem badminton Negara yang akan turun berjuang untuk tahun ini tidak lama lagi.Majulah sukan untuk Negara!http://www.hmetro.com.my/articles/Misbunhilangsabar/Article

No comments:

Post a Comment