Tuesday, January 4, 2011
KHAIRUL FAHMI 'APEX' DILAMAR MUFC?
Khabar angin penjaga gol utama kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan gelaran 'Apex' dikaitkan dengan kelab utama liga perdana inggeris(EPL) iaitu Manchester United kian hangat diperkatakan ketika ini.Adakah benar penjaga gol terbaik ASEAN ini sedang diintai oleh MU?.Mungkin dengan aksi cemerlang beliau ketika piala aff suzuki lalu membuatkan beliau kini dalam perhatian!.Tidak heran lah jika benar beliau kini sedang menjadi buruan kelab-kelab utama dunia kerana aksi yang dipamerkan ketika membantu pasukan Negara mencapai kejuaraan sulung amat menakjubkan bagi kita dan boleh dikatakan sudah matang! untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.Akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa laman web MUFC ada menyatakan hasrat mereka untuk membeli pemain muda ini bagi menggantikan Edwin Van Der Sar kelak.Namun dakwaan ini ditepis sama sekali oleh tuan empunya badan 'Apex' sendiri.Beliau menyatakan bahawa itu adalah rekaan semata-mata dan hanyalah khabar angin sahaja.Namanya kini makin disebut-sebut dan disanjung bukan saja di malaysia malah serantau Asia ekoran kejayaan bersama skuad Harimau Malaya tempoh hari.Dalam masa yang sama beliau memanjat kesyukuran di atas nikmat dan rezeki yang di limpahkan terhadapnya,Apatah lagi pulang dengan kejayaan yang bermakna buat Negara.Terbaru! 'Apex' kini dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negari Kelantan sebagai imbuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment